1. dibawa arus, makin bertambah (jarak, masa, dan lain-lain), larat:
ayahku telah bertambah ~ sakitnya, ibuku dari tadi menangis sahaja;
2. telah jauh (waktu dan lain-lain), telah berlanjutan:
saya berasa sejuk, barangkali hari sudah ~ malam;
berlarut-larut berpanjang-panjang (perbualan dan lain-lain), melarat-larat:
selepas itu perbahasan terus ~ hingga jauh malam;
berlarutan berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dan lain-lain), berpanjangan:
pemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut ~ sehingga beberapa bulan;
melarut-laruntukan menjadikan sesuatu hal berlarut-larut, memanjang-manjangkan:
perkara itu dijadikan sebagai satu isu untuk ~ perdebatan;
kelarutan perihal larut (waktu dan lain-lain), kelewatan:
~ malam merangkak mengikut mestinya.