1. = berlari bergerak dengan pantas sekali (lebih cepat daripada berjalan):
mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang;
lumba ~ 100 meter;
2. menyelamatkan atau melepaskan diri (daripada bahaya, tahanan, dan lain-lain):
kesemua pencuri itu telah dapat ~ daripada serbuan polis;
maka tuan Puteri Bongsu pun hendak ~lah, malu akan tuanku Malim Deman;
3. meninggalkan (sesuatu tempat, pekerjaan, dan lain-lain) tanpa kebenaran, (dan biasanya pergi ke mana-mana supaya tidak dapat dikesani):
kedua-dua orang pemuda yang ~ masuk hutan itu akan dihukum;
4. bebas (terlepas, tersisih, dan sebagainya) daripada sesuatu atau daripada terpaksa melakukan sesuatu:
ini ialah pembicaraan formalistik yang tidak ~ daripada konsepnya;
kita tidak dapat ~ daripada membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua sebab;
5. [bahasa percakapan] perginya, arah, hala, haluan:
ke mana ~nya wang tadi?
6. kecepatan, kelajuan:
kuat sungguh ~nya kereta itu;
7. [Jakarta] panjang (sesuatu bidang);
~ celebu [Kelantan], [Terengganu] lari dengan pantas;
~ pecut larian pada jarak dekat dengan kadar yang terpantas;
selari
1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dan lain-lain), sejajar:
garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yang ~ dengan khatulistiwa;
garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun ia dipanjangkan);
2. = selarian seimbang dengan, sesuai dengan:
terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dengan cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah;
sengaja kupakai berjalan bersama-sama dengan engkau ini supaya selarian dan sesuai dengan darjatmu;
3. tidak putus-putus, terus-menerus:
ulasan ~;
berselari dalam keadaan yang selari:
ketiga-tiga banjaran itu kira-kira ~ antara satu dengan lain;
menyelarikan menjadikan sesuatu selari (sejajar):
persediaan tersebut hendaklah diselarikan dengan program pembangunan;
keselarian keadaan selari:
~ sinar itu;
perselarian persamaan:
imej-imej dalam kedua-dua satira tersebut ada ~nya;
berlari bergerak dengan pantas sekali (lebih cepat daripada berjalan):
jangan ~ nanti jatuh;
~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan;
~ (-lari) anjing
a) berlari dengan langkah pendek;
b) sekejap berlari sekejap berjalan;
guru kencing berdiri murid kencing ~ (peribahasa) murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yang tidak baik;
berlarian, berlari-larian, berkelarian ark
1. berlari atau berkejar tidak tentu hala:
maka gemparlah orang ~ ke sana sini;
2. dalam keadaan berlari-lari:
semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya;
kedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia;
3. berlari, berjalan cepat-cepat:
berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang;
melarikan
1. membawa lari:
dua orang perompak telah ~ wang tunai dari sebuah kedai minyak;
2. memandu atau membawa laju-laju (kenderaan dan lain-lain), menyebabkan berlari (seperti kuda dan lain-lain):
dia ~ skuternya ke pejabat;
3. = ~ diri melepaskan diri daripada (bahaya, tahanan, dan lain-lain), menghilangkan diri:
beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan;
ketika patah perang pada minggu yang lalu, ia telah ~ diri;
4. mengalihkan (pandangan dan lain-lain):
Zaini telah ~ mukanya ke arah lain;
memperlarikan
1. melarikan (memandu kereta dan lain-lain) dengan laju;
2. lari melalui;
terlari-lari berlari-lari kerana:
~ ketakutan;
larian
1. perlumbaan (kuda dan lain-lain);
2. perbuatan (pergerakan) lari:
~ mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api;
~ kuda tempat perlumbaan (kuda dan lain-lain);
3. jalan kecil sebelah dalam kubu (kota dan lain-lain);
pelarian
1. perihal berlari dengan cepat:
matanya liar memerhatikan sekeliling seperti mata pencuri dalam ~;
2. = orang ~ orang yang melarikan diri, pengungsi;
sepelarian sejauh (yang terdaya) berlari;
~ kuda sejauh kuda berlari;
pelari orang yang berlari (dalam sukan dan lain-lain), orang yang melarikan diri;
~ pecut orang yang berlumba lari pada jarak dekat dengan kadar yang terpantas;
binatang ~ binatang yang kuat berlari.