larang I

melarang menahan daripada melakukan sesuatu, tidak membenarkan (mengizinkan), menegah:
bagaimanakah sesuatu undang-undang yang ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan?

melarangkan menjadikan terlarang:
Seri Rama ~ pekerjaan itu kepada kekandanya;

terlarang tidak boleh dikerjakan, tidak dibenarkan, tertegah:
perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan;

larangan
1. sesuatu yang dilarang atau terlarang:
bagindalah yang meletakkan kekuningan ~;
seluruh kawasan hutan di keliling kampung itu adalah kawasan ~ belaka;

2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan:
~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini;

berlarangan mempunyai larangan, ada larangannya, terlarang:
~ saya menyebut namanya;

pelarangan sesuatu yang dilarang, larangan.

berkongsi