1. [sastera lama] sakit (susah) hati, sakit percintaan, pilu sedih:
ketika sedang melayang fikirannya yang ~ itu, tiba-tiba Mawi datang meluru;
sudahlah susah menanggung ~, air mata gugur ke riba;
pelipur ~ penghibur hati yang duka atau sedih (orang dan juga hikayat);
2. sakit;
~ wirang [Jawa] sakit hati dan malu;
berlara-lara bersedih-sedih, berdukacita:
ia sedar bahawa dirinya tidaklah seorang di dalam bilik itu untuk ~ berterusan sahaja;
melara melarat atau merana (kerana sedih dan lain-lain):
kebanyakannya orang miskin dan ~ tetapi bukan sedikit orang yang kaya-raya dan bersenang-lenang;
terlara-lara [arkaik] senantiasa bersedih-sedih, menangis dengan amat sangat.
berkongsi