lapor

memberitahu kepada, mengadu;

melaporkan membuat pengaduan, mengadukan, memberitahukan:
seorang nelayan ~ bahawa baginda membuat rancangan sulit hendak merampas kerajaan mentua baginda;

laporan sesuatu yang dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi dan lain-lain) yang dilaporkan:
empat orang pakar dalam hal ini telah pun membuat ~;
~ tahunan
laporan yang dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali dan yang lazimnya melaporkan (menerangkan dan sebagainya) hal-hal penting yang berlaku dan sebagainya sepanjang tahun yang berkenaan;

pelaporan perihal (tindakan) melaporkan (mengadukan, memberitahukan);

pelapor orang yang melaporkan.

berkongsi