lapar

berasa hendak makan (kerana perut kosong):
biar Si Ali makan dengan emaknya, kita tidak ~ lagi;
~ dahaga
perut kosong dan haus;
~ mata [Kelantan] hendak memiliki (mempunyai dan lain-lain) dengan berlebih-lebihan;
~ pedal [Kelantan] lapar perut;
orang ~ diberi nasi, orang haus diberi air (peribahasa) memperoleh sesuatu yang diingini;

berlapar menanggung lapar, berasa lapar:
seseorang ibu itu sanggup ~ kerana kasihkan anaknya;

melaparkan
1. sengaja menjadikan lapar, membiarkan perut kosong:
binatang itu telah dilaparkan beberapa hari;

2. [kiasan] mahu kepada, bernafsu kepada:
banyak buaya yang laparkan bangkai;

kelaparan
1. dalam keadaan lapar, menanggung lapar:
ia menangis mengongoi seperti kanak-kanak ~ susu;

2. tidak cukup makanan, kekurangan makanan:
jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara.

berkongsi