lanjut I

1. panjang (cerita, hikayat, dan lain-lain):
adapun perkataan Singapura berperang dengan Jawa itu terlalu amat ~ perkataannya;

2. lama, panjang, tinggi (umur):
ia masih menjadi mahasiswa walaupun umurnya sudah ~;

3. mendalam (pengetahuan, penerangan, dan lain-lain), saksama, teliti:
elok juga saya jelaskan dengan ~ sedikit berkenaan perkara ini;

4. berpanjangan, tidak berhenti-henti, berterusan:
mereka bergurau senda ~ hingga tengah malam;

5. panjang (keluhan):
bapa mengeluh ~;

6. labuh (pakaian):
dia memakai kain ~ sungguh;

7. lebih tinggi (ilmu, pelajaran, dan lain-lain):
sekolah yang ~;

8. [Kedah] lambat (gerakan) perjalanan dan lain-lain:
perempuan itu berjalan ~ sungguh;
~ akal
panjang akal (cerdik);
~ fikiran cerdik;
~ usia panjang umur;

selanjutnya
1. berikutannya, seterusnya:
mereka memikirkan kemungkinan yang akan dihadapi hari esok dan hari ~;

2. selepas itu, sesudah itu:
~ Datuk Mufti telah menerangkan segala rukun haji;

berlanjut-lanjut tidak berhenti-henti, berpanjang-panjang, bersambung-sambung, terus-menerus:
suara itu kemudiannya memanjang dan ~ dan makin melemah pula;

berlanjutan berpanjangan, berterusan, berkekalan:
peperangan itu ~ hingga berpuluh-puluh tahun lamanya;

melanjut tidak putus-putus, tidak terhenti-henti (tetap), terus:
aku telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih;

melanjuntukan
1. menjadikan panjang atau berterusan, menyambung:
kadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar menyingsing;
~ perundingan;

2. menambah lagi (pelajaran, pekerjaan, dan lain-lain), meneruskan:
Hindun bersungguh-sungguh benar hendak ~ pelajarannya lagi;
semua yang hadir diminta datang ke gedung kesenian untuk ~ perkenalan;

terlanjut terlebih (ukuran, perbuatan, dan lain-lain), terlanjur;

lanjutan sambungan (pelajaran, perbualan, dan lain-lain), tambahan (pada sesuatu sebelumnya):
sekolah menengah ~; kelanjutan ekoran atau perkembangan (daripada perkara yang berlaku sebelumnya), sambungan, kelangsungan, kesinambungan:
~ daripada pertengkaran itu, Bidin dan Bujal tidak bertegur sapa selama dua hari;
bagi membiakkan keturunan dan mengekalkan ~ generasi manusia;

perlanjutan perihal berterusan (berpanjangan);
~ jenis [Indonesia] pembiakan jenis (tumbuh-tumbuhan);

pelanjutan perihal atau perbuatan melanjuntukan.

berkongsi