langsung

1. tidak berhenti-henti (perbuatan dan lain-lain), tidak berantara, lantas, terus:
aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya;
dari jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah;

2. kekal (untuk beberapa waktu), selama-lamanya, terus:
aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~;

3. sedikit pun, sama sekali:
anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang;
kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~;

4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus:
dalam menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dengan tidak mengharapkan pujian dan sanjungan;

5. tidak tergendala (pekerjaan dan lain-lain), diteruskan, jadi:
kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~;
ada orang yang sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~;

6. terlebih daripada matlamat (tujuan, sasaran, dan lain-lain):
~ dari sasaran;

berlangsung
1. berlaku (peperangan, keramaian, dan lain-lain), diadakan, terjadi:
perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka;

2. berlaku terus (tidak berhenti):
mesyuarat itu ~ beberapa hari;

3. [bahasa percakapan] bersatu (sesudah bernikah);

keberlangsungan perihal terjadinya sesuatu peristiwa:
~ perjalanan peristiwa;

melangsung, melangsung-langsung tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (perjalanan dan lain-lain), terus-menerus;

melangsungkan
1. melakukan, mengerjakan, mengusahakan:
kedua-dua keluarga sudah semuafakat akan ~ kerja kahwin itu;

2. meneruskan, memanjangkan (bantahan, rayuan, dan lain-lain):
kalimat-kalimat itu tidak mempunyai daya untuk ~ rasa penyair kepada pembacanya;

terlangsung
1. telah dikerjakan atau dilaksanakan;

2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dan lain-lain);
~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik (peribahasa) sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik;

kelangsungan perihal berterusan atau berlanjutan, kelanjutan, kesinambungan:
semuanya ini untuk menjaga ~ hidup yang harmoni antara kaum di negara ini;
genre sastera yang lainnya seperti novel dan cerpen yang akar kemahirannya adalah ~ daripada kreativiti pelipur lara;

perlangsungan perihal berlangsungnya sesuatu perkara.

berkongsi