lampu

1. sejenis alat untuk menerangi (sesuatu ruang, kawasan, dan sebagainya), pelita, suluh;

2. [kiasan] penerang pemikiran atau rohaniah:
al-Quran merupakan ~ yang menerangi dunia;
~ arka
lampu yang sangat terang cahayanya (yang terhasil oleh arka elektrik apabila arus elektrik mengalir di antara dua elektrod);
~ ayam sejenis lampu minyak yang mempunyai sisi kaca, yang dipasang pada waktu malam supaya ayam, itik dan sebagainya tidak kesejukan;
~ duduk lampu yang diletakkan di atas meja;
~ dunia matahari;
~ gantung lampu yang dipasangkan tergantung dari siling dan sebagainya (tidak terlekap pada dinding);
~ gas (gasolin) lampu yang menggunakan pam (untuk menaikkan minyak);
~ hijau
a) isyarat bergerak dalam sistem lalu lintas;
b) [kiasan] kebenaran atau persetujuan untuk melaksanakan sesuatu projek dan lain-lain;
~ jalan lampu elektrik yang dipasang pada tiang di sepanjang sesuatu bahagian jalan;
~ kalimantang lampu pendarfluor;
~ karbaid lampu yang menggunakan gas karbida;
~ kuning isyarat bersedia untuk berhenti dalam sistem lalu lintas;
~ limpah lampu besar yang sangat terang dengan alur cahaya yang lebar, biasanya digunakan di luar untuk menerangi sesuatu kawasan, bangunan dan sebagainya;
~ meja lampu elektrik kecil yang diletakkan di atas meja dan sebagainya;
~ merah
a) isyarat berhenti dalam sistem lalu lintas;
b) isyarat amaran;
~ neon lampu elektrik yang menggunakan gas neon (biasanya berwarna-warni);
~ pendarfluor lampu yang cahayanya dihasilkan melalui nyahcas elektrik dalam tiub bertekanan rendah;
~ picit suluh yang menggunakan bateri;
~ suluh lampu picit;
~ tempel lampu yang disangkuntukan di dinding;
~ terendak sejenis lampu hiasan (biasanya di ruang tamu) yang mempunyai terendak;
~ tidur lampu yang cahayanya sangat malap, yang digunakan semasa tidur;
~ tumpu lampu yang sangat terang yang boleh ditumpukan pada sesuatu tempat dan sebagainya supaya jelas kelihatan;
seperti ~ kekurangan minyak (peribahasa) hidup yang sangat melarat;

berlampu mempunyai (telah dipasang) lampu:
bilik itu tidak ~;

melampukan memasang lampu di sesuatu tempat (ruang dan sebagainya):
~ semua bilik di dalam rumah itu.

berkongsi