lama I

1. panjang masanya (membuat sesuatu dan lain-lain), lawan sekejap:
anak raja itu telah ~ benar tiada balik-balik;
tentu Sutan takkan ~ tinggal di rumah;
memakan masa yang ~;

2. telah wujud (ada, terlibat, dan sebagainya) dalam jangka masa yang agak panjang:
sebuah rumah ~ di kampung itu;
pakaian ~;
kawan ~;
alasan-alasan ~;
ahli-ahli ~;

3. tidak moden lagi, ketinggalan zaman:
fesyen ~;

4. wujud pada zaman sebelum ini atau zaman dahulu, kuno, tua:
kesusasteraan Melayu ~;
masyarakat Melayu ~;

5. wujud sejak dahulu lagi:
kuih-kuih Melayu ~;
barang-barang ~;
sikap ~;

6. yang digunakan dan sebagainya sebelum mendapat yang baru:
dia menjual rumah ~nya untuk membeli sebuah rumah baru;
motosikalnya yang ~ diberikannya kepada adikya;

7. berlaku pada masa yang sudah-sudah:
membangkit-bangkitkan perkara ~;
ingatan ~ mengusik jiwanya;

selama
1. sepanjang masa yang tertentu:
saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari;

2. selagi, sepanjang waktu, dalam masa (yang tertentu):
~ ia berkahwin dengan aku;
~ ini
dalam masa-masa ini;

selamanya untuk jangka masa yang lama dan berterusan:
manusia tidak ~ muda;

selama-lamanya
1. yang sangat lama, paling lama:
~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia;

2. tidak berkesudahan, kekal:
ia berikrar tinggal di Singapura ~;

lama-lama
1. dengan lama:
direnunginya muka gadis itu ~;

2. akhirnya, kesudahannya:
sedikit-sedikit ~ menjadi bukit;

3. makin lama makin bertambah;

berlama terus berada lama:
engkau yang datang berlindung di sini tidak pernah ~;

berlama-lama, berlamaan, berlama-lamaan
1. lama (berbuat sesuatu dan lain-lain), lambat, tidak cepat:
di sana memang banyak hiburan, tetapi hatiku kurang tertarik untuk ~;

2. lama-kelamaan, lambat-laun;

melamakan (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa;

kelamaan
1. [sastera lama] masa (yang tertentu), lama:
hatta berapa ~nya, Seri Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah;

2. [arkaik] terlalu lama;

3. akhir-akhirnya;

lama-kelamaan lambat-laun, akhir-akhirnya:
~ berlakulah perubahan secara beransur-ansur.

berkongsi