lalang I

sejenis tumbuhan (rumput yang tinggi), Imperata cylindrica (Imperata contracta);
~ yang terbakar, si carik menumpang mati
(peribahasa) mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain;
di mana ~ habis, di situ api padam (peribahasa) di mana mati di situ dikuburkan;
padi ditanam tumbuh ~ (peribahasa) perihal nasib yang malang;
seperti api memakan ~ yang kering, tiada dapat dipadamkan lagi (peribahasa) kedatangan bahaya yang tidak dapat dihalang-halang lagi;
tanam ~ takkan tumbuh padi (peribahasa) perkara yang jahat akan dibalas dengan jahat juga;

berlalang ditumbuhi lalang:
halaman rumahnya sudah mulai ~.

berkongsi