1. tidak hirau akan kerja (tugas dan lain-lain), lengah, tidak hati-hati:
tidaklah dia ~ daripada mengerjakan kewajibannya hari-hari;
2. asyik akan sesuatu hingga lupa akan hal-hal lain, leka, lupa, tidak sedar:
lalu masuklah gajah itu ke dalam kandang ~ dengan memakan pisang;
berlalai-lalai
1. tidak mempedulikan, tidak mengambil berat;
2. sengaja melambat-lambatkan, berlambat-lambat, berlengah-lengah;
melalaikan tidak mengambil berat, tidak menghiraukan:
dalam pada itu Rosita tidak ~ dan melengahkan kerja sekolahnya;
~ hati (sedih) menghiburkan hati;
~ waktu membuang masa;
memperlalaikan
1. menyebabkan jadi lalai, membuat supaya lalai:
untuk ~nya, diberinya mainan kepada budak itu;
2. menangguhkan atau mengundurkan (sesuatu cadangan dan lain-lain):
~ maksud;
3. menghiburkan hati, bersuka-suka:
baiklah kuperlalaikan dan kusukakan hatinya dengan barang daya upayaku;
terlalai
1. tidak ingat (kpada kerja, tugas, dan lain-lain), tidak dihiraukan, terbiar, terlupa;
2. tidak sedar lagi, nyedar:
si anak itu pun ~lah dalam tidurnya;
3. terlambat, terlewat;
4. terhibur:
sebentar aku ~ mendengarkan irama muzik yang memenuhi tempat itu;
kelalaian
1. perihal lalai, kelengahan, kealpaan:
tiada lain disebabkan ~ kita sendiri;
2. dalam keadaan lalai:
adapun akan baginda itu sangatlah ~ memerintah negeri;
sesungguhnya engkau dalam ~ mengenai hal ini;
~ menjemput pencuri (peribahasa) kerana lalai maka selalu rugi;
pelalaian [arkaik] perihal melalaikan;
pelalai
1. orang yang lalai, pelengah;
2. sesuatu (jampi dan lain-lain) untuk melalaikan atau melekakan:
jikalau begitu ada satu nyanyi supaya boleh membuat ~ berkayuh;
hikmat ~ jampi untuk melalaikan orang.