laku

1. gaya (cara) membuat sesuatu, perbuatan, tabiat:
begini ~mu di belakangku;

2. boleh digunakan (seperti wang dan lain-lain), sah:
wang yang tidak bernombor tidak akan ~;

3. (suka) dibeli orang, terjual:
kuih jualannya ~;
batik buatan Malaysia sangat ~ di kalangan pelancong;

4. dikehendaki orang untuk sesuatu tujuan tertentu:
hanya ketika muda ini awak ~;
penyanyi itu masih ~ walaupun dia merupakan penyanyi tahun enam puluhan;

selaku
1. semacam, seperti:
kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas;

2. (bertindak dan lain-lain) seperti, dalam kedudukan, sebagai:
~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya;

berlaku
1. sedang berjalan (berlangsung), terjadi:
satu kebakaran besar telah ~ pagi ini;
segala apa yang ~ di sekelilingnya ketika itu tidaklah menarik hatinya;

2. membuat sesuatu tindakan, mengerjakan sesuatu (tugas dan lain-lain), berbuat:
sedikit pun tidak terbayang pada mukanya sesuatu yang dapat menunjukkan bahawa dia mudah ~ serong;

3. = ~ sebagai menjadi (sebagai):
lingkaran dawai yang membawa arus elektrik itu ~ sebagai sebatang magnet;

4. boleh diterima, diakui, sah:
jikalau besar dosanya, dibunuh, itu pun jikalau ~ pada hukum syarak;

5. dijalankan, dikenakan, dikuatkuasakan:
larangan itu ~ mulai hari Khamis ini;

melakukan
1. menjalankan (tugas), membuat (kerja dan lain-lain), mengerjakan:
kitalah yang berdosa kerana menuduh ia ~ perkara yang bukan-bukan;

2. menjadikan laku (jualan dan lain-lain):
janganlah ditulis semata-mata dengan sebab hendak menyedapkan dan ~ surat khabarnya sahaja;

3. = ~ diri membuat laku (seperti), bertabiat atau berperangai (seperti):
maka Raja pun melihat Hang Jebat ~ dirinya seperti anak raja;

memperlakukan
1. membuat sesuatu (terhadap, kepada, dan lain-lain), menganggap (memandang) sebagai:
tak kusangka aku diperlakukan sebagai makhluk yang rendah dan tidak berdarjat;

2. menjadikan berlaku, memperkenankan, meluluskan:
segala titah raja diperlakukan oleh segala rakyatnya;

lakuan laras (bahasa):
dia mengkaji bentuk bahasa yang diwujudkan dalam berbagai-bagai ~;

kelakuan
1. tabiat yang biasa dilakukan, perangai, perbuatan:
semua orang ketawa melihat ~nya itu;

2. gaya (cara dan lain-lain), keadaan:
maka baginda berjalan menyamar berkeliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri;
Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu;

berkelakuan membuat laku, berperangai, bertabiat:
aku berasa malu seorang dari kampungku ~ begitu;

perlakuan apa yang dilakukan, perbuatan:
kedua-dua orang tua itu sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu;
tarian yang sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~ ritual;

pelaku
1. orang yang membuat sesuatu perbuatan (kerja dan lain-lain), orang yang melakukan sesuatu:
orang yang bersubahat dengan ~ jenayah itu pun bolehlah disalahkan dan dijatuhkan hukuman yang sama;

2. (Linguistik) orang yang mengerjakan sesuatu perbuatan (dalam ayat), pembuat;

3. orang yang berlakon, pelakon.

berkongsi