lain

1. tidak sama (hal, keadaan, dan lain-lain), berbeza, asing:
ia tidak mahu membaca buku ~;
~ orang
bukan orang yang sama;
tak ~ dan tak bukan hanya;

2. tidak kira atau termasuk (dalam hitungan, kumpulan, dan lain-lain), kecuali:
tiap-tiap orang mesti berpuasa ~lah kalau uzur;
~
daripada itu di samping itu;
~ daripada yang ~ tidak sama dengan yang lain, tidak ada yang sama dengannya;
~ tidak hanya itu sahaja;
~ orang ~ pendapatnya tidak sama pendapat antara seseorang dengan seorang yang lain:
~ yang…, ~ yang… tidak menepati (permintaan, suruhan, arahan, dan lain-lain):
~ yang disuruh, ~ yang dibuat;

selain
1. hanya, kecuali:
ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja;

2. di samping, bersama-sama dengan:
~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak;

selainnya
1. seterusnya, selanjutnya;

2. yang lainnya;

berlain tidak sama (pendapat, kelakuan, dan lain-lain), berbeza, berselisih:
apa yang terjadi ~ dengan yang dicita-citakan;

berlainan, berlain-lain, berlain-lainan tidak sama, berbeza, berbagai-bagai (gaya, corak, dan lain-lain):
aku nampak ayahmu itu bersikap ~ daripada sehari-hari;
cakap mereka berlain-lainan;

keberlainan keadaan yang berlain, perubahan sikap:
~nya sangat ketara;

melaini [arkaik] tidak mengikuti (peraturan, undang-undang, dan lain-lain), menyalahi:
~ kebiasaan;

melainkan
1. hanya, dikecualikan:
masa bekerja ialah waktu siang sahaja ~ ketika kecemasan;

2. sebaliknya (bertentangan dengan maksud asal), tetapi:
orang itu tidak menjawab, ~ berjalan lambat-lambat arah ke dangau itu;

3. melakukan perkara yang lain, membezakan, mengasingkan:
~ kepada Allah Taala tuanku serahkan paduka cucunda kedua itu;
~ anak tiri daripada anak kandung;

memperlainkan membuat atau menjadikan berbeza daripada yang lain;

kelainan
1. perihal berbeza daripada, perbezaan;

2. sesuatu yang tidak menurut kebiasaan atau yang berbeza daripada sesuatu yang lain:
penyimpangan ini bertujuan untuk mempelbagaikan teknik pengolahan supaya wujud ~ daripada cerpen-cerpen yang sedia ada;

dikelainkan [arkaik] tidak disamakan dengan yang lain, dikecualikan.

berkongsi