lahu

melahu
1. tidak membuat atau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan yang bermanfaat, menganggur:
banyak lagi siswazah yang masih ~ walaupun sudah agak lama lulus universiti;
dia risau kerana ~ tidak bekerja;

2. tidak berbuat apa-apa dengan masa yang terluang:
duduk ~ selepas makan adalah membosankan;

3. (Kejuruteraan) bergerak perlahan-lahan dengan gear yang neutral (berkenaan (dengan) enjin):
tiada gegaran atau getaran semasa enjin ~;

4. (Komputer) tidak menjalankan sebarang pengendalian atau tugas berfaedah ketika menunggu tindakan pengguna (berkenaan (dengan) komputer).

berkongsi