1. yang (kelihatan) di luar:
kasih sayang yang ~;
pada ~nya, ia sihat tetapi sebenarnya ia berpenyakit;
~ batin yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, luar dalam, sepenuh hati;
2. berupa benda yang nyata, jasmani, maujud, keduniaan:
perbezaan antara bentuk prosa dan puisi tidak terletak pada bentuk ~ sahaja, malahan pada batin;
pengetahuan ~;
3. keluar dari kandungan (ibu dan lain-lain), jadi, terbit:
sejak dari ~nya lagi, dia bersifat begitu;
hari ~ hari ketika seseorang itu diperanakkan;
~ mati (kanak-kanak yang) mati ketika lahir;
di ~ serupa tidak, di batin menggunting angin (peribahasa) orang yang menyembunyikan tabiat yang sebenarnya (tidak jujur);
yang ~ menunjukkan yang batin (peribahasa) daripada gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu ketahuan isi hatinya;
melahirkan
1. mengeluarkan perasaan (perkataan, fikiran, dan lain-lain), meluahkan:
yang penting pada pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kepada tulisannya;
marahnya sekadar dalam hatinya sahaja, tidak dilahirkan;
2. mengeluarkan anak (dari kandungan), beranak, bersalin:
ia hendak pulang ke kampung untuk ~ anaknya di sana;
3. mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan:
berlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita;
terlahir
1. keluar (dr), terkeluar:
sesuatu yang tidak direlakannya ~ dari mulut ibunya;
2. lahir (anak);
kelahiran
1. perihal keluar dari kandungan ibu, lahirnya (anak):
pada saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi;
2. (sesuatu) yang berkaitan dengan perihal lahir:
hari ~;
3. perihal keluar (terbit dan sebagainya), terhasilnya:
sejambak bunga haruslah dihadiahkan kepada usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memungkinkan ~ antologi ini;
dalam bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita;
pelahiran perihal atau perbuatan melahirkan:
~ golongan-golongan tertentu.