lagu

1. irama suara (dalam bacaan, nyanyian, percakapan, dan lain-lain):
~ bacaan qari dan qariah pada malam itu merawankan hati pendengar;

2. gubahan muzik biasanya dengan seni kata, nyanyian:
memperdengarkan sebuah ~ yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal;
~ suka ramai;

3. langgam atau corak irama (muzik dan lain-lain):
~ Melayu asli;
~ keroncong;

4. cara, gaya, macam, kaedah:
pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya;
~ ini (itu)
cara ini (itu);

~ instrumental lagu yang dipersembahkan dengan alat-alat muzik sahaja;
~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kepada umum dalam upacara atau peristiwa tertentu);
~ lama perkara lama (yang sudah basi);
~ patriotik lagu yang seni katanya dan sebagainya menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kepada negara;
~ rakyat lagu yang irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun;
~ tema lagu atau melodi yang dimainkan berulang-ulang, yang membangkitkan suasana perasaan dalam sesebuah drama muzikal, filem dan sebagainya;

berlagu berirama:
suaranya berlagu-lagu;

melagu bernyanyi, menyanyi:
kedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~;

melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dan lain-lain);

melagukan menyampaikan lagu, menyanyikan, membaca dengan lagu (Quran, sajak, dan lain-lain):
mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun dagang dengan sedih;

laguan [arkaik] nyanyian;

pelagu [arkaik] orang yang menyampaikan lagu (nyanyian dan lain-lain), penyanyi.

berkongsi