lagi

1. tambahan kepada yang sedia ada:
lima orang ~ telah dirawat di rumah sakit;
musim hujan akan datang kira-kira tengah dua bulan ~;

2. masih (berpanjangan), sedang (berbuat sesuatu dan lain-lain):
adapun Chau Pandan itu, ~ di benua Siam;
sekarang pun ada ~ negeri itu di benua Keling;

3. dan, serta, tambahan pula:
dia hartawan ~ dermawan;

4. (balik) semula, pula:
janganlah ~ dicari Hamzah di dunia ini;

5. lebih (baik, elok, dan lain-lain):
mati ~ bagus;

6. kata yang digunakan untuk menguatkan atau mengeraskan kata-kata sebelumnya:
sekaranglah kita amuk, bila ~!;
bilal khatib ~ berdosa, ini pula kita yang jahil;
~ pula
dan lagi, lebih-lebih, tambahan pula;

selagi
1. selama atau sementara (belum dan lain-lain):
~ dia ada di sini, aku tidak mahu pergi;

2. pada masa atau ketika:
~ ayah tidur janganlah kamu bising;

lagi-lagi
1. sentiasa, asyik, balik-balik:
~ hendak meminjam;
tak ada kerja lain, ~ main;

2. bertambah-tambah lagi, makin bertambah:
kalau ia tinggal bersama ayah, ~ ayah berselisih faham dengannya;

lagikan [arkaik] [sastera lama] sedangkan, salangkan, namun:
saya yang lebih rapat dengannya ~ tidak mengetahui rahsianya;

lagipun lagi pula.

berkongsi