kutuk I

1. perkataan (sumpah) yang mendatangkan kecelakaan, laknat:
tidak guna hidup kena ~ orang sahaja;

2. = terkutuk ditimpa laknat, dilaknati, celaka, keji:
ia bertaubat tidak mahu melakukan perbuatan ~ itu lagi;
ke hilir kena ~ sultan, ke mudik kena ~ raja
(peribahasa) kalau melanggar perjanjian atau keputusan yang telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya;

mengutuk
1. menyumpah, melaknat:
perbuatan ini buruk padahnya, celaka akhirnya, berdosa besar, dikutuk Tuhan;

2. mengatakan atau menganggap keji (buruk, salah, dan lain-lain), menistai:
Kamallah yang harus dipersalahkan, harus dikutuk dan dihukum;
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat keputusan ~ pencerobohan ke atas negeri tersebut;

terkutuk (yang) dikutuk, dilaknat, keji (hina, cela, dan lain-lain):
perbuatan yang ~;

berkongsi