1. = kurungan sejenis kandang atau sangkar:
Raden ini sedang membuat kurungan untuk binatang-binatang;
2. = kurungan penjara, bilik (tempat) orang salah ditahan:
dia lebih lagi berdukacita sekarang, duduk di dalam kurungan di penjara itu;
3. = tanda ~ = (tanda) kurungan tanda dalam tulisan yang berupa keluk atau garis melengkung dan lain-lain untuk melingkungi (mengasingkan) perkataan atau nombor yang tertentu:
dua kali jumlah x dengan y boleh ditulis dengan menggunakan kurungan menjadi 2(x + y);
4. ruang yang berdinding, bilik (dalam perahu):
mereka dibawa berjumpa nakhoda dalam ~ di haluan kapal;
~ bajau = ~ beranda sejenis bilik dalam kapal;
~ batang [Jakarta] usungan mayat;
~ kelengkeng, ~ laut, ~ tengah beberapa bahagian (ruang) pada sejenis alat menangkap ikan;
berkurung
1. tinggal (berada) di dalam rumah atau di bilik sahaja, berpingit (di rumah):
dia ~ sahaja di bilik tidurnya semenjak petang tadi;
perintah ~ perintah (oleh kerajaan) yang mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dalam jangka waktu yang tertentu;
2. memakai (berada dalam) tanda kurung (berkenaan (dengan) perkataan, nombor, dan lain-lain):
kata yang ~ itu lebih baik dibuang sahaja;
3. [Brunei] dibendung, diempang (air);
mengurung
1. menahan atau memasukkan ke dalam penjara dan lain-lain, membiarkan atau menyuruh tinggal di rumah sahaja (tidak membenarkan keluar):
beberapa tahun mereka ~ dan menyeksanya dalam penjara;
orang tua-tua yang sering kali ~ anak gadis mereka;
2. mengepung (mengelilingi) musuh dan lain-lain untuk menawannya (menyerangnya dan lain-lain);
3. menulis (meletakkan) dalam tanda kurung (perkataan, nombor, dan lain-lain);
4. [Brunei] membendung atau mengempang (air);
terkurung terpenjara, terkongkong (dalam rumah dan lain-lain), tertutup (terlengkung) dalam ruang dan lain-lain, terkepung:
gadis pemalu yang ~ dalam rumah sepanjang hari;
paru-paru ~ di dalam suatu tempat yang tidak dapat ditembusi oleh udara;
~ fahamnya sempit (picik) pengetahuannya atau pemikirannya;
kurungan
1. kandang (kambing dan lain-lain), sangkar (ayam dan lain-lain);
2. bilik tempat menahan orang salah, penjara;
3. pagar yang melingkungi;
4. tanda kurung;
pengurungan perihal atau perbuatan mengurung.