kursus

pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dan sebagainya) yang diberikan dalam jangka masa yang agak singkat:
~ penerbitan buku selama seminggu;
~ tiga bulan dalam bidang pentadbiran;
~ buta huruf
kursus bagi orang dewasa yang tidak tahu menulis atau membaca;
~ gaya pos sistem belajar secara persendirian yang panduan dan notanya diberikan oleh institusi yang berkenaan melalui perkhidmatan pos;
~ haji kursus yang berkaitan dengan selok-belok ibadat haji bagi orang yang akan menunaikan fardu haji di Mekah;
~ induksi kursus khas untuk memperkenalkan pekerja, pelajar dan sebagainya baru kepada persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dan sebagainya) yang baru sahaja dianggotai atau diceburinya;
~ kilat kursus yang sangat singkat;
~ perkahwinan kursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dari sudut pandangan Islam yang harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin;
~ pertanian kursus mengenai pengetahuan bertani;
~ politik kursus mengenai perkara-perkara (selok-belok) politik;

berkursus mengikuti (mengambil bahagian dalam) kursus;
~ kepada [bahasa percakapan] belajar (berguru) kepada;

dikursus [bahasa percakapan] diajar;

dikursuskan [bahasa percakapan] diajarkan.

berkongsi