kurang

1. tidak atau belum sampai kepada angka (ukuran, takat, dan lain-lain) yang tertentu, tidak atau belum cukup (genap, lengkap, sampai, tepat, dan lain-lain):
tidak dapat dibayarnya harga tersebut kerana wangnya ~;
sudah pun disusun rancangan mengirim pekerja-pekerja ke tempat-tempat yang ~ tenaga buruhnya;

2. untuk menyatakan bilangan atau banyaknya yang belum cukup untuk mencapai jumlah genap yang tertentu, tersedikit sebanyak (satu, dua, dan lain-lain) untuk menjadi atau mencapai (sesuatu jumlah dan sebagainya):
~ dua seratus dua lagi cukup atau genap seratus;
~ dua tahil empat kati dua tahil lagi menjadi empat kati;

3. lebih rendah atau sedikit daripada sesuatu apabila diperbandingkan:
banyaknya hasil padi tahun ini ~ daripada hasil tahun lepas;
nilai barang-barang yang diimport ~ daripada yang dieksport;
bertambah ~
menjadi makin kurang (daripada keadaan sebelumnya);

4. tidak berapa (baik, maju, sihat, dan lain-lain), tidak begitu;
~ maju tidak berapa maju;
~ manis
a) tidak berapa manis (kerana tidak cukup gulanya, agak tawar;
b) tidak berapa manis atau tertib (berkenaan (dengan) tingkah laku dan sebagainya), kurang sopan;
~ mengerti;
~ pasti;
~ percaya;

5. tidak sempurna (terdapat kelemahan dan sebagainya), cacat, cela:
cerpen itu tidak dapat disiarkan kerana banyak ~nya;

6. [Indonesia] ditolak, diambil:
lima ~ satu tinggal empat;
~
adat tidak sopan;
~ ajar tidak sopan, buruk (kasar) budi pekertinya;
~ akal
a) bodoh;
b) agak gila;
~ asam [bahasa percakapan] kurang ajar;
~ bahasa tidak bersopan santun, tidak halus budi bahasanya;
~ beres
a) tidak berapa beres;
b) agak gila sedikit;
~ darah penyakit atau keadaan tubuh yang lemah disebabkan tidak cukup darah dalam tubuh;
~ fikir tidak difikirkan (dikaji) betul-betul;
~ hati tidak berminat;
~ ingat
a) tidak berapa ingat;
b) kurang hati-hati, kurang berjaga-jaga;
~ jadi tidak berapa banyak atau memuaskan buahnya atau hasilnya (berkenaan (dengan) pokok buah-buahan, padi, dan lain-lain);
~ jantan pengecut, penakut;
~ lebih = lebih ~ kira-kira, di sekitar (sesuatu angka dan lain-lain);
~ makan (minum, tidur, dan sebagainya) tidak cukup makan (minum, tidur, dan sebagainya);
~ periksa tidak tahu (sesuatu perkara, keadaan, dan sebagainya);
~ sara [Kelantan] agak gila sedikit;
~ tenaga
a) tidak mempunyai tenaga atau kekuatan;
b) tidak cukup pekerja;
~ terima (penerimaan) tidak berapa menyambut baik (tidak berterima kasih), tidak senang;
~ umur belum cukup umur, belum mencapai umur yang ditentukan (untuk sesuatu);
~ kerat, rengkuh yang lebih (peribahasa) usaha tiada seberapa, hanya cakap yang lebih;
~ tambah-menambah, senteng bilai-membilai (peribahasa) sesuatu pekerjaan hendaklah dikerjakan bersama-sama (dengan bergotong-royong) supaya sempurna;

kurang-kurang
1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak:
~ laku barang ini rugi besar nanti;

2. sangat kurang, makin kurang:
~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang;

sekurang-kurangnya
1. paling kurang, yang tersedikit, serendah-rendahnya:
perbelanjaan yang diperlukan untuk melaksanakan rancangan itu ~ satu juta ringgit;
kebanyakan penduduk di sini memiliki bendang ~ tiga ekar tiap-tiap satu keluarga;

2. setidak-tidaknya:
bagaimana kejam sekali pun mereka, ~ tentu mempunyai belas kasihan terhadap seorang bayi;

berkurang menjadi kurang, bertambah (makin) sedikit atau susut daripada sebelumnya, bertambah sembuh (penyakit):
pada ketika itu tamu sudah mulai ~ kerana hari sudah jauh malam;
penyakitnya ~ sesudah ia berehat;

mengurang menjadi kurang (susut);

mengurangi menjadikan berkurang (kerapnya, derasnya, hebatnya, dan lain-lain), menyusuti:
sebuah motokar di sisiku tiba-tiba ~ kecepatan, hampir ia berhenti;

mengurangkan
1. menjadikan kurang, menyusuntukan, memotong (menjadikan sedikit):
rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yang menganggur;
langkah-langkah kesihatan telah diambil untuk ~ bahaya penyakit;

2. memotong (mengambil, menolak) dari (sesuatu jumlah dan sebagainya):
harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai;

terkurang kurang banyak (kuat, lama, dan lain-lain) daripada, tersedikit daripada:
daya tarikan bumi di Madras, India, adalah ~ sedikit daripada tarikan bumi di Honolulu, Hawai;
sel-sel darah putih itu jauh ~ jumlah bilangannya daripada sel-sel darah merah;

kekurangan
1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yang diperlukan dan lain-lain:
kerja-kerja yang dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan;
serba ~
tidak cukup segala-galanya;

2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi):
kemiskinan bukan terbatas kepada ~ makanan dan kebendaan semata-mata;

3. jumlah yang kurang atau yang menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dan lain-lain), baki:
yang dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya;

4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan:
ia manusia biasa yang mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat;
perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dalam novel-novel Melayu;

kekurang…an perihal (keadaan) kurang …: kekurangajaran, kekurangsenangan:berkekurangan mempunyai kekurangan:
hidupnya tidak ~ dan dapat dikatakan senang juga;

perkurangan perihal berkurang;

pengurangan perihal atau perbuatan mengurangi (mengurangkan), penyusutan:
~ tentera tidak mungkin dapat dilakukan selagi keadaan belum aman;

pengurang [Indonesia] bilangan (angka) untuk mengurangi.

berkongsi