kupas

mengupas
1. membuang atau mengopak kulit (buah-buahan), menguliti, mengopek:
~ kelapa;
~ limau;

2. mengkaji dan menghuraikan dengan teliti (karangan, pendapat, persoalan, dan lain-lain), mengulas, menganalisis:
banyak masalah yang dikupas oleh penulis telah dibincangkan sebelumnya;

3. = mengupaskan [kiasan] menanggalkan (melucuntukan) pakaian orang, menelanjangi;

mengupaskan
1. mengupas (mengopek) untuk;

2. [kiasan] menelanjangi;

terkupas
1. terkopek (kulitnya), lecet:
~ sedikit kulit lututnya kerana jatuh di jalan raya;

2. sudah dikupas:
akan santapan raja China, beras yang sudah ~ itu lima puluh gantang China;

kupasan
1. sesuatu yang sudah dikupas, hasil mengupas;

2. huraian ulasan, analisis:
~ buku ini berupa ikhtisar yang agak panjang lebar disertai dengan komentar;

pengupasan perihal mengupas, pengulasan, penghuraian;

pengupas
1. alat untuk mengupas;

2. orang yang mengupas sesuatu seperti kulit buah-buahan dan sebagainya;

3. orang yang membuat ulasan (seperti buku dan sebagainya), pengulas, penganalisis.

berkongsi