kupang I

1. sejenis mata wang zaman dahulu yang berbeza-beza nilainya (menurut daerahnya);
se~ sepuluh sen (di utara Semenanjung Malaysia), 12 sen (di Kelantan), 50 sen (di Pahang dan lain-lain);
se~ tera sepuluh sen;

2. [Kedah] memberi upah (mengupah) untuk membuat kerja;

3. sejenis ukuran berat emas (sama dengan kira-kira 1/16 tahil):
apa bicara Seri Nara Diraja, kerana emas pada kita se~ pun tiada?;
pitis se~ genap, hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata
(peribahasa) orang miskin yang tidak berkemampuan hendak berbelanja seperti orang kaya.

berkongsi