kumpul

sekumpul selonggok;

berkumpul
1. berdekatan rapat-rapat menjadi satu atau sekelompok, berlonggok:
sampah-sarap yang hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan;
beberapa orang yang ~ itu sedang asyik berjudi;

2. berhimpun (beramai-ramai), berkampung:
ramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yang berikutan;

3. = berkumpul-kumpul berkerumun, berpusu-pusu:
di sampingnya ~ segelintir manusia seperti sekumpulan semut mengerumuni gula;

mengumpulkan
1. menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yang berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok:
ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yang sedang ~ benda-benda yang bertaburan di lantai;
hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yang diperlukan sebelum memulakan kerja;

2. mengerahkan (orang dan lain-lain) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengampungkan:
Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang musuh;

3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah;
~ wang menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak;

terkumpul terhimpun (menjadi banyak atau sekelompok):
hasil daripada pungutan derma itu banyak wang sudah ~;
air hujan yang ~ di atas muka bumi meresap masuk ke dalam tanah;

kumpulan
1. kelompok (orang, binatang, dan lain-lain) yang agak besar, himpunan:
pandangannya beralih kepada ~ budak yang sedang bermain-main di halaman rumah;
~ sajaknya yang telah dibukukan mendapat pujian daripada pengkritik sastera;

2. beberapa orang (pertubuhan dan lain-lain) yang dianggap sebagai satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecenderungan, dan lain-lain) yang serupa:
~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa;

3. (Kimia) set unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa dan membentuk turus tegak dalam jadual berkala:
~ gas adi;
~ halogen
;

4. segala sesuatu yang telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah, himpunan:
~ wang;

5. gerombolan (penjahat, pengganas, dan sebagainya), kawanan:
beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri;

5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhimpun), sidang, majlis, pertemuan;
~
gelap

= ~ haram = ~ sulit kumpulan yang melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yang salah di sisi undang-undang;
~ serpihan sekumpulan kecil orang yang berpisah daripada kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dan sebagainya, biasanya berkaitan dengan soal politik;
K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yang disumbangkan oleh beberapa negara untuk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melancarkan perdagangan antarabangsa;
~ wang cadangan kumpulan wang yang dicadangkan untuk kegunaan atau keperluan tertentu yang tidak dijangka;
K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang daripada sumbangan pekerja dan majikan untuk dibayar kepada pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dan lain-lain);

perkumpulan gabungan, kesatuan atau persatuan:
dia menjadi pengerusi dalam persidangan ~ buruh kasar;

pengumpulan perihal atau perbuatan mengumpulkan, penghimpunan:
~ barang-barang lama diusahakan oleh Muzium Negara;

pengumpul tempat mengumpulkan sesuatu, orang yang mengumpulkan sesuatu:
pusat ~ jati;
~ setem.

berkongsi