kumbang

1. sejenis serangga yang berkepak dan berkulit keras;
jenis-jenis:
~ (ber)tanduk, ~ daun, ~ gajah, ~ kelapa dan lain-lain;

2. sejenis serangga (lebah);
jenis-jenis:
~ kayu, ~ madu dan lain-lain;

3. [kiasan] hitam (berkilat);
anjing (harimau) ~ anjing (harimau) yang hitam bulunya;
~ ambrosia sejenis kumbang perosak kayu dalam famili Platypolidae dan beberapa genus dalam famili Scolitidae dan Lymaxylidae;
~ bubuk sejenis kumbang perosak kayu dalam famili Bostrychidae dan Lyctidae;
~ kulit sejenis kumbang perosak kayu dalam famili Scolitidae (termasuk kumbang Ambrosia);
~ kura-kura kumbang kecil berwarna coklat kemerah-merahan atau kuning dan berbintik-bintik hitam;
~ perabot sejenis kumbang perosak kayu dalam famili Anobiidae, larvanya mengorek kayu, Anobium punctatum;
~ sesungut panjang sejenis kumbang perosak kayu dalam famili Cerambycidae yang larvanya mengorek kayu;
~ melilit gedung (peribahasa) orang yang bersiul-siul berkeliling rumah gadis yang dikasihinya;
~ tidak seekor, bunga tidak sekaki (sekuntum) (peribahasa) bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perempuan untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup;
bagai ~ putus tali(nya) (peribahasa) sangat pantas larinya (jalannya);

mengumbang mendengung-dengung (berbunyi berdengung-dengung) seperti kumbang.

berkongsi