kuman

1. organisma halus (tidak terlihat oleh mata kasar) yang wujud di udara, air dan tanah dan pada makhluk hidup dan mati, yang penting kepada manusia kerana kesan-kesan kimianya dan kadangkala menyebabkan penyakit, bakteria, basil;
ilmu ~ ilmu mengenai berbagai-bagai bakteria (yang menyebabkan penyakit);

2. [kiasan] sesuatu yang sangat halus atau seni (seperti debu dan lain-lain);
~ air kutu dalam air yang menyebabkan kudis;
~ menjadi barah (pekung) (peribahasa) perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan;
~ di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak (peribahasa) kesalahan (keburukan) orang dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari;
matilah ~ kena pelantik sekalian alam limpah darahnya (peribahasa) orang kebanyakan berkahwin dengan orang bangsawan, menjadi buah mulut orang halnya;
mencungkil ~ dengan alu (peribahasa) membuat pekerjaan yang sia-sia.

berkongsi