kulit

1. tisu nipis yang membaluti tubuh (manusia atau binatang):
~nya hitam manis;
binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya;
bersalin ~
bertukar kulit (berkenaan (dengan) ular dan lain-lain);
penyakit ~ penyakit pada kulit (seperti kudis, kusta, dan lain-lain);

2. bahagian luar yang membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dan lain-lain):
~ bawang;
~ nangka;
~ kayu;

3. pembalut tubuh binatang yang telah ditanggalkan dan dikeringkan (untuk dibuat beg, kasut, dan lain-lain):
kasut ini dibuat daripada ~ buaya;
beg ~
beg yang dibuat daripada kulit binatang;

4. bahagian di sebelah luar buku dan lain-lain (biasanya lebih tebal daripada kertas halamannya):
gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu;
~ keras
kulit (buku) yang dibuat daripada kadbod atau kertas yang tebal;
~ lembut kulit (buku) yang dibuat daripada kertas yang tidak tebal dan tidak keras;

5. yang nampak dari luar, garis-garis kasar, butir-butir yang tidak mendalam:
adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam;
terjemahan ~
terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasarkan maksudnya);
~ adam bahagian pangkal kuku yang berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku);
~ ari
a) kulit atau selaput nipis (yang membaluti beras, isi kelapa, dan lain-lain);
b) kulit luar;
~ basah kulit binatang yang belum dikeringkan;
~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yang bukan berkulit putih seperti orang Eropah;
~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yang nipis yang menyerupai kulit;
~ bumi lapisan sebelah luar bumi yang terdiri daripada batu habluran dan lain-lain;
~ daging saudara-mara, kaum keluarga;
~ dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar;
~ karah kulit kura-kura (labi-labi);
~ kayu manis sejenis kulit kayu yang dijadikan ramuan masakan;
~ kerang (siput dan lain-lain) benda keras yang membungkus kerang dan lain-lain (sebagai tempat berlindung), rumah kerang (siput dan lain-lain);
~ khatan kulit pada hujung kemaluan lelaki;
~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat daripada adunan tepung (untuk membungkus inti atau isi kuih);
~ langsat warna (kulit manusia) yang putih kekuning-kuningan;
~ luar lapisan kulit (pada daging atau tumbuhan yang di sebelah luar);
~ manis lapisan jaringan atau tisu pada pokok (di antara kulit kayu dan batangnya);
~ mati kulit yang tidak berasa;
~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (untuk melindunginya daripada air dan gas);
~ putih (bangsa, orang) yang berketurunan Eropah;
~ renang kulit yang menghubungkan jari-jari itik (katak dan lain-lain);
~ sawo matang (coklat) (bangsa) yang kulitnya berwarna coklat;
~ babi yang tersungkup di kepala orang (peribahasa) mendapat malu;
buka ~ ambil isi (peribahasa) perundingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi);
kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dengan ~ (peribahasa) sangat kurus (tubuhnya);
tebal ~ muka (peribahasa) tidak malu;

berkulit mempunyai kulit:
pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis;
~ badak
[bahasa percakapan] tidak bermalu, tidak berperasaan;

mengulit
1. mengganti kulit (berkenaan (dengan) ular dan lain-lain), bersalin kulit;

2. menjadi kulit, tumbuh kulitnya;

3. [Indonesia] mengupas kulit kepala;

menguliti
1. memberi berkulit, membalut (buku dan lain-lain) dengan kulit;

2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dan lain-lain);

kekulit bahan seperti kulit;

perkulitan tempat menyamak kulit;

pengulitan (Perhutanan) proses menanggalkan (membuang) kulit daripada batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dengan mesin pengulit).

berkongsi