kucing I

sejenis binatang yang kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sebagai binatang kesayangan, biasanya untuk menangkap tikus, Felis catus (F. domesticus);
~ belanda sejenis binatang mengerip (mengunggis), arnab, kelinci;
~ batu sejenis kucing liar, Felis bengalensis;
~ emas = ~ tulap, Felis temminckii;
~ hutan
sejenis kucing liar, Felis planiceps;
~ jalang
kucing yang terbiar (tidak dipelihara);
~ kerung [Kelantan]
a) kucing yang kuat (keras) bunyinya;
b) [kiasan] orang yang berani dan ganas;
~ kurap [kiasan] orang yang dipandang hina;
~ negeri kucing yang dipelihara orang;
~ pekak (tuli) sejenis perangkap tikus;
(menantikan) ~ bertanduk (peribahasa) menantikan perkara yang tidak mungkin berlaku;
~ lalu, tikus tiada berdecit lagi (peribahasa) apabila orang yang ditakuti datang maka diamlah mereka yang bising;
~ melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang (peribahasa) kesusahan dan kesukaan orang yang terasa sampai kepada kita;
anak ~ menjadi harimau (peribahasa) perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai;
bagai ~ dengan panggang (peribahasa) dikatakan kepada laki-laki dan perempuan yang selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yang sumbang;
bagai ~ dibawakan lidi (peribahasa) terlalu (amat) ketakutan;
bagai ~ kehilangan anak (peribahasa) perihal orang yang hilang akal atau kebingungan;
bagai ~ lepas senja (peribahasa)
a) susah (sukar) hendak dicari;
b) berasa lapang (senang);
bagai ~ main daun perihal kehebatan rupa dan lain-lain seseorang (pahlawan);
bagai ~ menjemput api (peribahasa) yang diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dalam pengusahaan itu hilang pula;
bagai ~ takut akan balur (peribahasa) laki-laki yang takut atau malu kepada perempuan;
bagai ~ tidur di bantal (peribahasa) perihal kehidupan yang senang dan mewah;
bagai mengail ~ hanyut (peribahasa) perbuatan yang sia-sia;
berburu ~ di dapur (peribahasa) perihal anak muda dan gadis yang tinggal serumah dan membuat perhubungan haram;
biar pun ~ naik haji, pulangnya mengeong juga (peribahasa) pembawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah;
duduk seperti ~, melompat seperti harimau (peribahasa) perihal orang yang pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu;
kalau ~ tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi (peribahasa) orang besar yang hilang martabatnya (pangkatnya) tidak disegani orang lagi;
membeli ~ dalam karung (peribahasa) membeli sesuatu dengan tidak melihatnya;
memukul ~ di dapur (peribahasa) menganiaya sanak saudara atau orang yang karib dengan kita;
mengadu ~ dengan babi (peribahasa) bermain ceki;
seperti ~ berakkan rambut (peribahasa) keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan;
seperti ~ biang (peribahasa) berkeluh-kesah;
seperti ~ di atas tampuk (peribahasa) perihal orang yang mempunyai dua tugas dan tiada tahu yang mana harus diberikan perhatian;
seperti anjing dengan ~ (peribahasa) selalu berkelahi (bergaduh);
terkejar-kejar bagai ~ jatuh anak (peribahasa) tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan;

kucing-kucing, kucing-kucingan otot di lengan atau di kaki;

berkucing-kucing
1. sejenis permainan kanak-kanak;

2. [kiasan] berlaku sumbang (laki-laki dan perempuan).

berkongsi