kubur I

1. tempat menanam mayat, makam;
ahli ~ orang-orang yang sudah meninggal dunia;
batu ~ nisan;
bunga (pokok) ~ bunga (pokok) yang biasanya ditanam di perkuburan (bunga atau pokok kemboja);

2. = lubang (liang) ~ lubang (liang) di tanah tempat menanam mayat:
~ digali di tempat itu juga dan orang salah duduk di tepi lubang ~;
sampai ke lubang (liang) ~
sampai mati;

berkubur
1. ditanam (mayat), dikebumikan:
di situ tempat ~ pahlawan-pahlawan yang gugur;
pada masa peperangan banyak yang mati tidak ~
;

2. [kiasan] mati (dan dikebumikan):
negeri itu sudah menjadi tanah airnya dan di situlah ia akan ~;

3. [kiasan] hapus, hilang, tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan:
sistem pimpinan cara warisan telah ~ dan munculnya demokrasi;

menguburkan
1. menanam mayat, mengebumikan, memakamkan;

2. [kiasan] menghilangkan atau menghapuskan, melenyapkan;

terkubur
1. dikuburkan, dikebumikan:
setelah ~ jenazah Bendahara itu, maka Baginda pun pulang ke istananya;

2. [kiasan] hilang, hapus, lenyap:
beliau terharu dan kesal kerana banyaknya akhbar tempatan yang ~ begitu sahaja;

kuburan tanah tempat menguburkan mayat, makam;

perkuburan tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yang telah mati, permakaman:
jenazahnya diusung ke ~;

penguburan perihal menguburkan mayat.

berkongsi