kuat I

1. banyak tenaganya (dayanya), tidak lemah, bertenaga, berdaya, tegap:
walaupun ia sudah tua badannya masih ~;
orangnya muda lagi ~;
ubat ~
ubat untuk menambah tenaga badan;

2. tidak mudah roboh (rosak, patah, putus, dan sebagainya), tahan (tidak rapuh dan sebagainya), kukuh, teguh:
meja ini ~ buatannya;
jahitlah dengan benang yang ~ sedikit;
mendapat kedudukan yang ~;

3. tidak mudah kalah (tumpas, tewas, dan sebagainya), kukuh:
angkatan tentera yang ~;
barisan pertahanan yang ~;

4. tidak mudah berubah (hati, pendirian, dan sebagainya), tetap berpegang (pada kepercayaan, keimanan, adat, dan sebagainya), teguh:
mereka masih ~ kepada adat lama;
imannya ~;

5. keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dan lain-lain):
ibunya sedang sakit ~ di kampung;
suaranya semakin ~;
bekerja ~
bekerja keras (sungguh-sungguh);
angin ~ angin kencang;
diikatnya ~-~ diikatnya erat-erat;

6. mampu (boleh) atau sanggup membuat sesuatu:
ia tidak ~ menaiki tangga setinggi itu;
budak-budak pun ~ berjalan sejauh itu;

7. suka makan (minum dan lain-lain) banyak-banyak:
~ makan (minum);
~ belajar;
~ berhutang;

8. mempunyai kelebihan atau kecekapan dalam sesuatu pengetahuan:
ia ~ dalam ilmu kira-kira;

9. = kekuatan tenaga, daya:
~ tarikan bumi;
~ tekanan udara;
~ gajah terdorong, ~ harimau terlompat-lompat (peribahasa) perihal orang besar (mulia) yang membuat kesalahan;
~ ketam kerana sepit, ~ burung kerana sayap, ~ ikan kerana radai (peribahasa)
a) berasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihan padanya;
b) tiap-tiap orang sedikit sebanyak ada kuasanya;

sekuat
1. sama kuat dengan (dalam pelbagai erti):
Ali tidak ~ abangnya;
barisan pertahanan pasukan ini tidak ~ tahun lalu;

2. = sekuat-kuat seboleh-boleh, sepenuh daya (tenaga):
perempuan itu berteriak ~ hatinya;
dia bekerja dengan ~ tenaganya;

berkuat berkeras hati dan bersungguh-sungguh, bertekun (bekerja, berusaha, dan sebagainya), bertahan (menghadapi atau menanggung kesulitan, dan lain-lain):
ibunyalah yang ~ benar menyuruh ia pergi;
tiap hari dia ~ untuk mencapai cita-citanya;
~ tulang
bekerja bersungguh-sungguh;

berkuat-kuatan beradu tenaga, berlawan kekuatan:
marilah kita ~ mengangkat batu ini, barang siapa tiada terangkat alahlah ia;

menguati melakukan dengan kekerasan, bertindak keras kepada, memaksa:
dikuati sahaja kalau tidak mahu menurut;

menguatkan
1. menjadikan kuat (tegap, kukuh, dan lain-lain):
~ badan;
~ ikatan;
~ pelukan;

2. meneguhkan (kepercayaan, sangkaan, pendapat, dan lain-lain):
kata-katanya tadi ~ kepercayaan Aini tentang kejujurannya;
~ hati;
~ iman;
~ semangat;

3. mengeraskan atau menghebatkan (bunyi, tekanan, dan lain-lain):
dalam suasana yang riuh-rendah itu ia terpaksa ~ suaranya;

memperkuat menjadikan lebih kuat, memperkukuh, memperteguh, mempererat:
kerajaan telah menerima bantuan untuk ~ angkatan bersenjata Malaysia;
~ keazaman untuk mengambil peranan dalam pembentukan masyarakat baru;

kekuatan
1. tenaga, daya:
makanan seperti gula dan lemak menambah ~ badan;

2. kekuasaan, keteguhan, kekukuhan:
~ musuh tidak dapat diduga;
~ batin (hati)
kekuatan yang terdapat dalam batin manusia, kekuatan yang bukannya bersifat keduniaan (kebendaan);
~ iman keteguhan iman;

penguatan perihal (perbuatan, usaha) menguati atau menguatkan;

penguat sesuatu yang menguatkan.

berkongsi