kuak II

gerakan menolak air dengan tangan semasa berenang;
~ dada gaya renang dengan dada menghadap ke air, tangan bergerak dalam bentuk bulatan dan kaki menendang seperti katak;
~ kupu-kupu gaya renang dengan kedua-dua tangan mencecah air pada posisi siku yang tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung;
~ lentang gaya renang dengan kedudukan badan terlentang, dengan tangan diangkat dari sisi badan, lurus ke atas dan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala;

berkuak, terkuak
1. terbuka sedikit (berkenaan (dengan) daun pintu, tabir, dan lain-lain yang ditolak):
pintu terkuak lebar;

2. merenggang dan bercelah-celah (berkenaan (dengan) awan, daun-daun yang bergerak dan sebagainya):
awan hitam pun ~;

3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (berkenaan (dengan) orang atau sesuatu yang berkumpul):
barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan;

4. menjadi besar atau lebar (berkenaan (dengan) lubang dan lain-lain), berpisah (dengan);
~ (terbuka) darah
tersirap darah;

menguak melantasi (menembusi) barisan atau orang ramai yang berkerumun dengan menolaknya dengan tangan ke kiri dan ke kanan:
dengan susah payah ia ~ ke celah-celah orang yang berasak-asak itu;

menguakkan menyingkap (membuka) dengan menolak atau menarik ke kiri ke kanan (daun pintu, tabir, dan lain-lain), menyisikan (menepikan, menghindarkan) ke kiri ke kanan, memisahkan:
ia ~ daun pintu lebar-lebar;
~ kelambu (tirai dan lain-lain);
orang berlarian hendak menolongnya tapi dikuakkannya mereka;
ia ~ daun-daun serta sampah-sampah yang menutupi kubur itu ke tepi.

berkongsi