air atau cairan daripada gulai (masakan sayur, masakan daging, dan lain-lain) yang dicurahkan ke dalam nasi dan lain-lain (apabila makan):
~ gulai ikan;
~ lemak;
~ pedas;
~nya pekat;
~ sama dihirup, sambal sama dicolek (peribahasa) bersama-sama dalam senang dan susah;
~ tumpah (tertuang, tertunggang) ke nasi
a) (peribahasa) [Minangkabau] dikatakan mengenai anak yang dikahwinkan dengan kemanakan (anak saudara perempuan);
b) [kiasan] sememangnya begitu, sudah seharusnya, sudah sewajarnya;
ke mana tumpah ~ kalau tidak ke nasi (peribahasa) baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya;
harapkan kuning ~ kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan (peribahasa) oleh kerana mengharapkan keuntungan yang besar (tapi belum tentu diperoleh) keuntungan yang kecil tapi sudah tentu, dilepaskan;
berkuah dengan kuah, memakai (ada) kuah:
makan ~;
~ air mata ki selalu menderita kesusahan;
menguahi memberi berkuah pada, membubuh kuah pada:
~ nasi;
menguahkan menjadikan sesuatu sebagai kuah:
~ gulai lemak ke nasinya.