krisis

keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yang boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan, dan lain-lain), keadaan yang lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yang genting, kegentingan, ketegangan, keributan:
pucuk pimpinan parti sedang berusaha menyelesaikan ~ yang timbul dalam parti itu;
~ akhlak (moral)
kemerosotan (kerosakan) budi pekerti yang sudah mencapai peringkat yang membimbangkan;
~ ekonomi keadaan ekonomi yang tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar;
~ kelaparan keadaan buruk yang menyebabkan kebuluran (kerana kekurangan makanan);
~ kewangan keadaan yang sangat membimbangkan mengenai soal-soal kewangan (seperti kekurangan wang dan lain-lain);
~ politik ketegangan politik;

berkrisis berselisih pendapat (fahaman, dan lain-lain).

berkongsi