kredit

1. wang yang dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, piutang:
~ di atas kadar bunga yang sebanyak itu hanya dapat diberi jika bank mahu menjamin pinjaman itu;
bank-bank perdagangan tidaklah bebas membesarkan atau mengecilkan ~nya;

2. kemudahan membayar terkemudian daripada penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yang dibeli);
menjual (membeli) dengan ~ menjual (membeli) barang dengan pembayarannya ditangguhkan;
memberi ~ memberi pinjaman (hutang), membenarkan (membolehkan) penangguhan pembayaran;
tukang ~ [Jakarta] tukang menjual barang-barang dengan bayaran beransur-ansur;

3. butir perakaunan (seperti bayaran dan lain-lain) yang dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira;

mengkreditkan
1. mencatatkan butir perakaunan (seperti bayaran dan lain-lain) di ruang sebelah kanan buku kira-kira;

2. [Indonesia], [bahasa percakapan] memberi pinjaman wang dengan cagaran barang;

3. [bahasa percakapan] menjual barang dengan bayaran beransur-ansur;

perkreditan yang berkaitan dengan kredit atau segala urusan kredit.

berkongsi