carik, rabak, sobek:
bajunya ~ kerana terkait pada sebatang paku di dinding;
~ rabak koyak atau koyak-koyak yang panjang atau lebar;
~ baju mahu ukur badan (peribahasa) merosakkan barang yang hendak dibaiki (disempurnakan);
~ tak berbunyi (peribahasa) sesuatu keburukan (keaiban) yang berlaku dengan tidak diketahui orang;
tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga (peribahasa) sanggup berkorban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri;
mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka):
lukanya yang hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi;
bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau (peribahasa) menjerit-jerit (melaung-laung) kuat-kuat;
mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan menyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(-carik):
tanganku segera ~ sampul surat itu;
terkoyak tersiat, tercarik:
cebis-cebis kain yang ~ daripada bajunya;
~ isinya akibat tikaman lading musuhnya;
kekoyakan keadaan koyak:
perineum memerlukan masa untuk pulih semula daripada luka-luka dan ~.