kotor

1. tidak bersih, tidak jernih, cemar:
mencuci pakaian ~;
longkang yang ~ airnya;
(mendapat) kain ~
datang haid;
~ bolor sangat kotor;

2. [kiasan] lucah (berkenaan (dengan) perkataan), keji, tidak baik (berkenaan (dengan) perkataan, perbuatan), tidak senonoh:
alangkah ~nya kata-kata yang dikeluarkannya;
~ mulut
= mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yang tidak senonoh);
~ namanya cemar namanya;
penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis;
perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik);

3. [Indonesia] kasar, tidak bersih, bruto:
pendapatan (keuntungan dan lain-lain) ~;~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) (peribahasa) segala yang tidak baik hendaklah dilupakan;

mengotori menyebabkan kotor pada:
bekas kasut yang ~ lantai;

mengotorkan
1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor:
dia dimarahi kerana ~ rumah;

2. mencemarkan (nama baik), menodai, memburukkan:
dunia sebenarnya suci tetapi manusia yang mengisi seluruhnyalah yang ~nya;
engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu;

terkotori telah dikotori:
tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani;

kotoran barang apa yang kotor (seperti najis, sampah, dan lain-lain), benda kotor, sesuatu (seperti tanda dan sebagainya) yang kotor yang melekat pada pakaian dan lain-lain:
air yang mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak;
apa-apa ~ yang ada pada luka itu hendaklah dibersihkan dahulu;

kekotoran perihal kotor (tidak bersih), keburukan, kecemaran, kekejian:
~ udara boleh menyebabkan penyakit;
buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yang menggambarkan ~ moral;

pengotoran perihal mengotori atau mengotorkan;

pengotor (orang yang) tidak menghiraukan kebersihan.

berkongsi