kosong

1. tidak berisi apa-apa:
cawan ~ ;
tin ~;

2. tidak padat, berongga di dalamnya (berkenaan (dengan) batu, kayu, dan lain-lain):
buluh ~ dalamnya;

3. sifar (berkenaan (dengan) nombor):
untuk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~;

4. [kiasan] tidak ada yang mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dan lain-lain), tidak bertulis apa-apa (berkenaan (dengan) kertas dan lain-lain), tidak mengandungi perkara penting (berkenaan (dengan) percakapan, tulisan, dan lain-lain);
jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yang tidak dipenuhi (dijawat) lagi;
kertas ~ kertas yang tidak bertulis (bercap dan sebagainya);
omong (cakap) ~ percakapan yang bukan-bukan (tidak ada buah butir yang penting);

5. [kiasan] tidak dapat merasa sesuatu perasaan (seperti keseronokan, kebahagiaan, dan sebagainya);
~ melompong kosong sama sekali;
air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih);
teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu;

mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada yang mendudukinya, memegangnya, mengisinya, dan lain-lain):
Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yang dikosongkan oleh Czechoslovakia;
Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yang telah dikosongkan oleh suaminya itu;

kekosongan
1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yang tertentu), keadaan tidak ada yang menjawatnya (mengisinya dan sebagainya):
pengambilan pekerja-pekerja baru untuk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiadaan iman;

2. kehampaan:
dia terasa ~ sekarang di dalam jiwanya kerana kehilangan orang yang sangat dikasihinya;

pengosongan perihal atau perbuatan mengosongkan.

berkongsi