kosmopolitan

1. terdiri daripada orang atau unsur-unsur dari seluruh dunia, bersifat sejagat (tidak terbatas kepada unsur-unsur setempat):
sekarang dia tercampak ke kota ~ yang bergelut dengan berbagai-bagai ragam;
berdasarkan faktor-faktor inilah beliau telah membuat kesimpulan bahawa kebudayaan ~ akan lebih menonjol dan kebudayaan yang bercorak kesukuan akan berkurangan;

2. bebas daripada prasangka kebangsaan, bersifat sejagat:
dia merupakan seorang penulis ~ yang menggunakan tema universal;

kekosmopolitanan segala hal yang berkaitan dengan sifat, fungsi, dan lain-lain kosmopolitan.

berkongsi