harga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara, dan sebagainya sesuatu, biasanya berupa wang, masa dan tenaga, perbelanjaan;
~ faktor (Ekonomi) kosyang digunakan untuk membuat sesuatu komoditi, iaitu upah dan faedah sampingan yang dibayar kepada buruh, sewa hartanah, untung yang dibayar kepada usahawan dan kos bahan;
~ malar (Ekonomi) kos tetap (tidak berubah-ubah besarnya atau jumlahnya);
~ melepas (Ekonomi) nilai faedah atau keuntungan yang sepatutnya boleh diperoleh daripada penggunaan alternatif sumber yang sama;
~ purata kos hitung panjang;
~ sara hidup (Ekonomi) nilai wang yang diperlukan untuk membeli barang keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya untuk menikmati taraf hidup tertentu;
~ satuan kos bagi tiap-tiap satu unit (barang dan lain-lain);
~ tak tetap (Ekonomi) kos yang berubah-ubah menurut banyaknya pengeluaran;
~ tetap (Ekonomi) kos yang mesti ditanggung dengan tidak berdasarkan banyaknya pengeluaran;
berkos melibatkan atau memerlukan kos:
pembiayaan jangka pendek dan ~ rendah;
pengekosan anggaran semua kos yang terlibat dalam sesuatu urusan, misalnya perniagaan, projek:
Jabatan Penerbitan akan mengkaji semula ~ pisah warna dan atur huruf.