[Arab]
1. amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dan lain-lain) pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin:
majlis ~;
2. persembahan seperti haiwan atau manusia kepada dewa dalam pemujaan;
3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sebagai tanda kebaktian (kasih dan lain-lain):
kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~;
4. (orang) yang menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dan lain-lain), mangsa:
kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~;
5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dan lain-lain):
nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa;
berkorban
1. (sedang) menawarkan sesuatu sebagai korban (kpada yang disembah):
penganut agama tersebut ~ kepada dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut;
2. menanggung penderitaan untuk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dan lain-lain, menyerahkan sesuatu untuk tanda bakti (cinta dan lain-lain):
banyak ia ~ untuk menawan hati gadis belasan tahun itu;
kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja;
3. dengan (disertai, berserta) korban:
nahas jalan raya sering ~ jiwa;
mengorbankan
1. mempersembahkan sebagai korban:
ada orang Cina yang ~ makanan kepada topekong;
2. menyerahkan sesuatu (seperti wang dan lain-lain) untuk sesuatu tujuan (kepentingan dan lain-lain):
~ nyawa untuk mempertahankan negara;
3. menyebabkan menderita, memusnahkan (merosakkan):
mereka sanggup ~ bangsa untuk mencapai kemahuan mereka;
terkorban terbunuh, termusnah (kepentingan dan lain-lain):
sepuluh orang askar telah ~ dalam serangan hendap itu;
pengorbanan perihal mengorbankan (berkorban):
tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yang terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas.