konvoi

1. sekumpulan kapal perang yang mengiringi kapal-kapal lain untuk melindunginya daripada serangan:
senjata-senjata ~ menembak ke langit menentang serangan kapal-kapal terbang musuh;

2. kumpulan kapal perdagangan dan lain-lain yang dilindungi kapal lain:
beberapa buah kapal daripada ~ tersebut telah ditenggelamkan;

3. sekumpulan kenderaan darat yang berjalan bersama-sama;

berkonvoi berjalan bersama-sama, beriring-iringan atau bersaingan dengan menaiki sekumpulan kereta, motosikal dan sebagainya:
hari kedua perjalanan rombongan secara ~ memulakan perjalanan selepas bersarapan pagi;
lima buah bas ~ membawa para penyokong pasukan bola sepak negeri itu ke stadium pada petang ini.

berkongsi