1. tidak berair, kering:
parit ~;
kering-~ kering sama sekali;
2. (Kimia) tidak mengandungi air atau air habluran:
kalsium klorida ~;
mengontang menjadi kontang;
mengontangkan menyebabkan atau menjadikan kontang:
cuaca panas yang berterusan telah ~ perigi dekat rumah kami;
kontangan tanah yang kontang:
bumi Poseng yang kaya dengan rekahan dan ~ itu;
kekontangan
1. keadaan kontang, kekeringan;
2. [kiasan] kehabisan idea (ilmu dan lain-lain):
~ pengetahuan berlaku kerana tunjangan ilmu yang lemah;
pengontangan pengeringan air (daripada bahan kimia dan lain-lain).
berkongsi