kongsi

1. persekutuan (pergabungan) yang mengandungi dua orang atau lebih yang bekerjasama (dalam sesuatu usaha dan sebagainya);
rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dan lain-lain);

2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat:
baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ;
~ gelap
perkumpulan sulit (untuk maksud atau kegiatan jahat);
~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang);

berkongsi
1. bersekutu (bergabung) dalam sesuatu kegiatan (seperti berniaga dan lain-lain), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dan lain-lain):
ketiga-tiganya ~ berniaga dengan sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan;
mereka ~ mendiami rumah itu;
para dermawan yang sudi ~ derita dengan mereka yang memerlukan;

2. berkomplot, bersepakat:
hamba menyangka tuan hamba ~ dengan lanun Panglima Tujuh;
~ hidup
hidup bersama-sama (sebagai suami isteri);

mengongsi menggunakan (menduduki dan lain-lain) bersama-sama:
pelita yang sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar;

kongsian [arkaik] sejenis cukai yang dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian;

perkongsian
1. syarikat perniagaan yang dijalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sebagai rakan niaga:
sebahagian daripada perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~;

2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sebagai suami isteri):
ada orang yang membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda;

pekongsi individu atau kumpulan yang berkongsi.

berkongsi