kongkong I

benda daripada kayu atau besi yang berlubang yang dikenakan pada leher orang salah atau orang tahanan (untuk menghukumnya atau mencegahnya daripada lari), pasung;

mengongkong
1. mengenakan kongkong pada, memasung, membelenggu:
ia ditangkap, diheret dan kemudian dikongkong dalam sebuah pondok kecil;

2. [kiasan] membatasi (kebebasan, pergerakan, dan lain-lain), menghalangi, menyekat:
ia ingin bebas, tidak dikongkong oleh berbagai-bagai peraturan dan disiplin yang keras;

3. mengepung, melingkungi:
pasukan tentera yang dikirimkan itu mula ~ askar musuh yang terperangkap;

4. meliputi, mencakupi, merangkumi:
ilmu kedoktoran ~ ilmu anatomi, perubatan, kesihatan, dan lain-lain;

terkongkong terbelenggu, terikat, tersekat (berkenaan (dengan) kebebasan dan lain-lain):
semua orang yang ~ kebebasan asasinya berhak menuntut kebebasan;
pemikiran penulis masih kuat ~ oleh keadaan alam sekelilingnya;

kongkongan [kiasan] perihal terkongkong, ikatan, sekatan, cengkaman:
dalam negara yang mengamalkan demokrasi, mahkamah keadilan bebas daripada ~ pemerintah;
puas ia mencari jalan melepaskan dirinya daripada ~ lelaki yang tidak disukainya itu;

pengongkongan
1. perihal atau perbuatan mengongkong (memasung, membelenggu), pemasungan, pembelengguan;

2. perihal atau perbuatan mengongkong (membatasi, menghalangi menyekat), pembatasan, penghalangan, penyekatan;

pengongkong orang yang suka mengongkong (kebebasan, pergerakan, dan lain-lain), penghalang, penyekat.

berkongsi