1. (Biologi) sekumpulan sel atau organisma yang serba serupa dari segi genetik, yang terhasil daripada leluhur sepunya melalui pembiakan aseksual, misalnya secara cantuman;
2. produk yang dihasilkan menyerupai model asal dari segi fungsi, ciri dan sebagainya, biasanya berkualiti kurang baik;
3. telefon bimbit (selular) atau kad kredit pendua yang telah diberi identiti elektronik telefon bimbit atau kad kredit asal yang sedia ada secara tidak sah untuk tujuan penyelewengan atau penipuan;
mengklon membuat atau menghasilkan klon:
tindakan keras akan diambil terhadap penjenayah yang ~ telefon bimbit;
ahli embriologi di universiti itu dikatakan telah berjaya ~ embrio manusia;
jabatan itu telah ~ beberapa jenis buah-buahan dan sayuran liar;
pengklonan perihal (proses atau perbuatan) membuat atau menghasilkan klon:
~ telefon bimbit semakin berleluasa;
~ haiwan ternakan seperti bebiri boleh menghasilkan ternakan lebih bermutu;
pengklon orang, pihak dan sebagainya yang membuat atau menghasilkan klon:
~ telefon selular.