~ semula kitaran semula;
sekitar
1. sekeliling:
suasana di ~ tempat itu sunyi senyap;
yang banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air;
2. [bahasa percakapan] lebih kurang, kira-kira:
gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan;
sekitaran keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dan sebagainya yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu):
kita tidak dapat mengelakkan daripada menimbangkan aspek bahasa seperti ~ dan latar belakang bahasa murid;
sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kepada keturunan dan suasana ~ keluarganya;
berkitar berkisar, berpusing, berputar (berkenaan (dengan) roda dan lain-lain), beredar (seperti bumi di keliling matahari);
bintang ~ bintang beredar, bintang siarah, planet;
mengitar
1. = mengitar-ngitar berkisar(-kisar), berputar(-putar);
2. = mengitar-ngitar berkeliling, beredar;
3. = mengitar-ngitar memusing-musing, memutar-mutar:
serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pada dada Tun Tuah;
4. = mengitari mengelilingi, mengedari:
ia bangkit lagi dan berjalan ~ lantai yang dilapisi permaidani;
memandu kereta ~ bandar;
mengitari bergerak berkeliling (sesuatu), mengedari;
mengitarkan menjadikan berkitar, memutarkan, mengisarkan:
~ enjin;
terkitar-kitar berputar-putar, berpusing-pusing;
kitaran gerakan berkitar, kisaran;
~ hidup (Biologi) beberapa peringkat hidup yang dialami oleh sesuatu organisma dari peringkat persenyawaan ovum sehinggalah ke peringkat matang, dan seterusnya ke peringkat persenyawaan ovum pada generasi seterusnya;
~ semula benda (seperti surat khabar, botol kaca) yang diproses supaya dapat digunakan semula;
perkitaran peredaran, perkisaran, perpusingan;
pengitaran pemutaran, pemusingan;
persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar:
tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya.