kita

1. kata ganti bagi diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), saya dan kamu semua:
janganlah kerana dia pula, rumah tangga ~ menjadi hancur;

2. = ~ orang [bahasa percakapan] saya serta sahabat-sahabat saya dan lain-lain (tidak termasuk orang yang dilawan bercakap), kami:
boleh engkau menulis Quran nanti, ~ orang beli;

3. [bahasa percakapan] saya:
awak yang mengurus perkara itu, ~ yang ditanyai;

4. aku, saya (oleh raja, orang bangsawan atau orang besar-besar kepada orang kebanyakan atau orang bawahannya):
tiada raja besar dalam dunia ini daripada ~ dan tiada siapa pun yang tahu akan bilangan rakyat ~;

5. [arkaik] kata ganti bagi orang kedua, awak, kamu;

6. [Brunei], [bahasa halus] awak (kata ganti nama diri kedua dalam bentuk tunggal);

kekitaan;
semangat ~ semangat bekerjasama (bantu-membantu) dalam sesuatu kumpulan (masyarakat dan sebagainya), semangat persaudaraan.

berkongsi