1. pendapat (yang berdasarkan perasaan, telahan, dan sebagainya), anggapan, sangka:
pada ~nya tidak ada yang berani menentang pegawai itu;
2. fikir, rasa, anggap:
saya ~ malam nanti baru ia tiba di sini;
3. taksiran, hitung;
~ kasar hitung kasar;
juru~ orang yang menyiapkan (menyediakan) buku kira-kira perniagaan dan lain-lain;
masuk ~ masuk hitung, dihitung;
mesin ~ alat (mesin) untuk menghitung (seperti mencampur, menolak, dan lain-lain);
4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran:
menurut kiraan ibu bapanya, Hayati sudah patut benar dikahwinkan;
belakang ~ [bahasa percakapan] nanti (kemudian akan) diberi pertimbangan (perhitungan);
5. peduli, mengendahkan, menghiraukan:
saya tak ~, apa juga pekerjaan, boleh saya kerjakan;
saya tidak ~ kawan, tidak peduli saudara siapa;
kiranya
1. pada anggapannya (sangkanya):
~ orang tidak tahu kecurangan yang dilakukannya;
2. hendaknya, semoga, mudah-mudahan:
barang dilanjuntukan Allah Taala ~ umur Duli Yang di-Pertuan;
3. = jika (kalau) ~ = sekiranya kalau, kalau-kalau, seandainya:
maafkan kami ~ kami mengganggu;
jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia?
4. barangkali, agaknya, rasanya, rupanya:
dilambaikannya tangannya, dengan segera aku pegang, ~ tangan itu sangat panas;
Oh, karya As ~!
5. alih-alih, rupa-rupanya:
kujangka sudah banyak yang ada di sana, ~ aku yang pertama tiba;
sekira, sekiranya kiranya, kalau:
mereka asyik mengatur cara-cara mengawal keamanan sekiranya berlaku kecemasan;
kira-kira
1. lebih kurang:
~ seribu orang telah dijemput untuk menyaksikan upacara tersebut;
kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang;
2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dan lain-lain), taksiran, rancangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab:
maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;
buku ~ buku tempat mencatat kira-kira kewangan (perniagaan, kesatuan, dan lain-lain);
buku ~ harian buku harian, buku untuk mencatat kira-kira urusan perniagaan hari-hari;
ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang;
tidak termasuk dalam ~ tidak termasuk dalam perhitungan (taksiran);
3. rasanya, agaknya, barangkali, kalau-kalau:
~ ia tidak mahu menerima wang itu;
4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka:
kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~;
5. [bahasa percakapan] jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat;
tidak ~ terlampau sangat;
6. fikiran, akal, angan-angan;
panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya);
terbuka ~ terbuka fikirannya;
~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) berkenaan memecahkan sesuatu angka dengan angka lain;
~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai membesarkan angka dengan menjumlah (mencampurkan angka), penjumlahan;
~ darab ilmu hisab berkenaan membesarkan sesuatu angka dengan memperkalikannya dengan angka lain;
~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecahan (angka yang kurang daripada satu);
~ tolak kira-kira (ilmu hisab) berkenaan mengurangkan angka;
sekira-kira
1. kira-kira, lebih kurang:
~ sebahara emas harganya;
2. sekadar(nya):
perkhidmatan kereta api di sana mendatangkan hasil hanyalah ~ dapat memulangkan modal dan menanggung perbelanjaannya;
berkira = berkira bicara;
berkira-kira
1. berura-ura, berhitung-hitung, berfikir-fikir, menimbang-nimbang:
maka Raja Chulan pun ~ hendak menyerang negeri China;
aku mengeluarkan perkataan-perkataan itu dengan tidak ~ lagi;
2. bercadang-cadang (berniat, bersedia-sedia) hendak berbuat sesuatu, beragak-agak:
lama sudah ia ~ hendak melancong ke negeri-negeri Eropah;
mengira
1. menghitung (wang dan lain-lain), mencongak:
bibirnya kumat-kamit ~ wang yang baru diterimanya;
~ luas bulatan dengan menggunakan formula;
2. memikirkan, memperhitungkan, mempertimbangkan:
hatinya cuba ~ sendiri tentang kebaikan dan keburukan anjuran sahabatnya itu;
dalam perbincangan itu dibangkitkannya masalah-masalah yang dikiranya perlu diatasi;
soalan itu dikemukakannya dengan tidak ~ kesibukan orang;
3. menjangka, menduga, menyangka:
pertemuan itu tidak semeriah yang dikira;
tepat dengan apa yang dikira, pesawat-pesawat Jerman menghujani konvoi dengan peluru dan bom;
4. menganggap, berpendapat, menyifatkan:
barangkali ada antara pembaca yang ~ syair tersebut sebagai syair bebas;
kehidupannya bolehlah dikira senang juga;
setiap rencana yang telah saya tulis saya kira tidak bermutu;
5. mengambil berat, menghiraukan (mengendahkan, mempedulikan):
ia hanya suka merapik, orang gila tak boleh dikira;
mengira-ngira
1. menghitung-hitung, mencongak-congak:
pelayan itu tersenyum sambil ~ harga minuman;
2. memikir-mikir, menimbang-nimbang, mentaksir-taksir:
Basir ~ hotel mana yang mampu ditumpanginya;
mengirakan, mengira-ngirakan menghitung dengan kira-kira (ilmu hisab), menaksir, menilai, mengagak-agakkan:
ia khuatir sebab lamanya ayahnya dalam perjalanan sudah melebihi waktu yang dikira-kirakan;
terkira terhitung, terduga:
~ dua kali;
tidak ~(-kira)
a) tidak terhitung, sangat banyak;
b) = tidak terkirakan tidak terkatakan (tergambarkan), terlalu sangat, tidak terduga (tersangka);
kiraan = kira-kiraan hasil mengira, hitungan, perhitungan:
segala ukuran dibuat mengikut ~ inci;
barang-barang yang tersimpan di dalamnya menurut ~ saya lebih banyak daripada yang terdapat di Muzium Negara;
~ kasar hitungan kasar (tidak terperinci);
perkiraan
1. kiraan, perhitungan:
angka yang diberikan itu berdasarkan ~ pukul rata;
pinjaman itu dikenakan bayaran faedah dengan ~ 4%;
2. pertimbangan, taksiran:
perkara-perkara yang penting diserahkan kepada ~ ibu bapa mereka;
menurut ~ umum, peperangan itu tidak akan tamat dalam jangka waktu yang singkat;
pengiraan perihal atau perbuatan mengira (menghisab, menghitung), penaksiran;
pengira orang yang mengira, penghitung.