kilau

cahaya gemerlap (seperti cahaya lampu, permata, dan lain-lain), cahaya yang bersinar (berkilap):
~ bintang yang menerangi langit;

berkilau, berkilau-kilauan, kilau-kilauan, kilau-kemilau, kilau-mengilau bercahaya gemerlap, bercahaya berkilap:
laut yang ~ oleh sinaran cahaya matahari;
sinar permatanya gemerlap berkilau-kilauan;
bintang di langit kilau-mengilau;

kilauan kilau:
kesibukan bandar itu sudahlah pasti dengan ~ lampu neon yang berbagai-bagai warna.

berkongsi